spot_img
HomeSemasaMelahirkan pelapis Sabah FC tanggungjawab besar - Jawawi Jaafar

Melahirkan pelapis Sabah FC tanggungjawab besar – Jawawi Jaafar

KOTA KINABALU: Pengurus Pasukan Bawah 19, Sabah Football Club (FC) yang baru dilantik, Jamawi Jaafar kini memberi fokus untuk menerapkan barisan terbaik bagi menyediakan pelapis-pelapis skuad Piala Belia Sabah FC pada musim depan.

Katanya, usaha ini akan membentuk satu pasukan terbaik sekaligus mampu untuk diserap sebagai pemain bawah 22 tahun dan juga skuad senior Sabah FC pada musim depan.

“Ini merupakan langkah pertama yang akan kita lakukan. Saya akan memantau dan akan terus melihat perkembangan pemilihan ini supaya kita memperoleh satu pasukan yang boleh diketengahkan.

“Kita sudah selesai dalam sebuah pertandingan Bawah 18 Tahun Piala Datuk Seri Bung Moktar Radin. Melalui pertandingan tersebut kita sudah dapat lihat ia sebagai platform yang tepat untuk memilih pemain yang akan mewakili skuad Sabah FC Bawah 19 Tahun kelak.

“Kita akan menjalani pemilihan latihan pusat pada 20 – 22 Disember dan 27 – 29 Disember ini sebagai pembahagian kepada dua fasa,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Jamawi berkata tanggungjawab ini begitu besar dalam usaha menyediakan skuad pelapis kepada pasukan Sabah FC sangat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak bagi menjayakan matlamat ini.

“Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Khairul Firdaus Akhbar atas kepercayaan sekaligus melantik saya sebagai Pengurus pasukan Piala Belia Bawah 19 Tahun untuk musim 2022,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular