spot_img
HomeSemasaGagal kemukakan dokumen pengenalan diri, lima warga asing ditahan

Gagal kemukakan dokumen pengenalan diri, lima warga asing ditahan

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berjaya menahan lima warga asing yang disahkan tiada dokumen pengenalan diri. Warga asing yang ditahan dipercayai bekerja di bot pukat tunda di kawasan tersebut.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, bot pukat tunda terbabit ditahan sekitar jam 11 pagi.

Hasil pemeriksaan mendapati seorang juragan bersama empat kru bot pukat tunda terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Mereka berusia dalam lingkungan 17 hingga 29 tahun dan disyaki warga Indonesia. Bot pukat tunda, juragan dan kru ditahan untuk menjalankan siasatan yang lebih lanjut.

“Juragan dan kru bot berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 6 (3) akta yang sama,” tambah beliau dalam kenyataan yang diberikan semalam.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Dengan itu, pihak berwajib akan terus meningkatkan operasi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin berikutan beberapa kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan melalui sektor ekonomi dan sosial.

Selain daripada kemasukan warga asing, pihak Maritim Malaysia turut memandang serius aktiviti yang melibatkan jenayah laut lain seperti penyeludupan, pencerobohan bot nelayan asing dan aktiviti pengeboman ikan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular