spot_img
HomeSemasaLakukan serangan seksual, tertuduh dipenjara 14 tahun dan 4 kali sebatan

Lakukan serangan seksual, tertuduh dipenjara 14 tahun dan 4 kali sebatan

KOTA KINABALU : Mahkamah Seksyen menjatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun dan empat sebatan kepada seorang tukang paip atas dua pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap anak tirinya yang masih remaja dua tahun lalu.

Hakim Ummu Kalthom Abd Samad menjatuhkan hukuman itu semalam terhadap tertuduh yang berusia 47 tahun selepas didapati bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama hingga kedua, tertuduh masing-masing dipenjara lima tahun dan tambahan dua tahun penjara kerana hubungan mereka serta dua sebatan ditambah bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah juga memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 10 Julai 2019.

Tertuduh disabitkan bersalah menyentuh dan memicit payudara mangsa berusia 13 tahun dan sembilan bulan di sebuah rumah di Ranau masing-masing pada 2 dan 3 Julai 2019.

Selain itu, mahkamah turut mengenakan perintah tambahan atas kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2017, iaitu tertuduh akan menjalani kaunseling pemulihan dalam tempoh tahanan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat tempoh tahanan dan tamat tempoh hukumannya.

Pihak pendakwaan juga telah memanggil enam saksi untuk memberi keterangan terhadap tertuduh manakala tertuduh yang diwakili peguam Mohd Ari Nadzrah Abd Rahman merupakan saksi tunggal pembelaan. -TBP

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular