spot_img
HomeSemasaMayat kanak-kanak lelaki ditemukan dalam timbunan kayu

Mayat kanak-kanak lelaki ditemukan dalam timbunan kayu

BENTONG: Satu mayat kanak-kanak lelaki yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan dalam timbunan kayu kira-kira 800 meter dari Bobby Eco Farm Resort, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pasukan penyelamat menemui mayat mangsa sekitar 10.30 pagi tadi.

Menurut Ismail, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan secara “sweep searching” dan “fan searching” di kawasan sisa-sisa kayu di kawasan pencarian Seksyen 3.

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dari timbunan kayu-kayu yang dihanyutkan arus dengan kaedah pemugaran dan pengalihan sisa-sisa kayu.

“Mayat mangsa tersebut kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala operasi SAR masih diteruskan bagi mencari mangsa yang masih belum ditemui,” katanya.

Susulan itu, beliau mengesahkan seramai 35 orang membabitkan 25 individu dewasa dan lapan kanak-kanak menjadi mangsa banjir lumpur di pusat peranginan itu pada Sabtu lalu.

“Mayat seorang wanita berusia 66 tahun telah ditemukan pada 10.15 pagi kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian semalam,” ulasnya.

Operasi SAR berkenaan diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Yusri Abdulllah Sani yang turut menggunakan tiga anjing pengesan (K9) bagi membantu operasi berkenaan. – Hmetro

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular