spot_img
HomeSemasaAmaran ribut petir di Pahang, Johor, Sarawak, Sabah

Amaran ribut petir di Pahang, Johor, Sarawak, Sabah

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 4 petang, hari ini, di beberapa kawasan di Pahang, Johor, Sarawak, dan Sabah.

MET Malaysia melalui laman rasmi sosial mereka memaklumkan, daerah yang terbabit ialah Pekan dan Rompin di Pahang, kawasan Kota Tinggi di Johor serta beberapa kawasan di Sarawak iaitu Betong (Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Bintulu, dan Miri (Subis, Beluru, dan Marudi).

Di Sabah pula membabitkan kawasan Tawau (Lahad Datu).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam”

Sementara itu, keadaan cuaca di beberapa negeri seperti perlis, kedah, pulau pinang, dan utara perak dijangka bertambah baik sehingga hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular