spot_img
HomeSemasaKemalangan babitkan kereta dan lori, lelaki maut digilis

Kemalangan babitkan kereta dan lori, lelaki maut digilis

Alor Gajah: Seorang pegawai imigresen maut selepas tercampak dan digilis sebuah lori dalam kemalangan di kilometer 196.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Abdul Syafiq Mohammad, 30, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda dalam perjalanan menghala ke Ayer Keroh.

“Hasil siasatan, kita dapati sebelum kejadian terdapat sebuah kereta jenis Proton Wira dipandu seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berusia 35 tahun telah rosak dan berhenti di lorong kecemasan”

“Mangsa melanggar bahagian belakang kereta terbabit menyebabkannya tercampak ke lorong kanan laluan sebelum dilanggar sebuah lori yang gagal mengelaknya”

Mangsa maut ditempat kejadian, sementara pemandu kereta dan lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ketika kejadian keadaan jalan adalah lurus manakala cuaca juga dalam keadaan baik dan tidak hujan. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Alor Gajah untuk bedah siasat,” tambahnya lagi. -Utusan Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular