spot_img
HomeSemasaSabah FC menanti tiga pemain kebangsaan, persiapan Liga Malaysia 2022

Sabah FC menanti tiga pemain kebangsaan, persiapan Liga Malaysia 2022

KOTA KINABALU: Sabah FC yang sedang giat menjalani latihan di padang sintetik Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk persiapan Liga Malaysia musim depan.

Skuad Badak masih menanti kehadiran tiga pemain kebangsaan bagi melengkapkan senarai pemain pada 10 Januari 2022.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, tiga pemain kebangsaan tersebut ialah Baddrol Bakhtiar, Dominic Tan dan Rizal Ghazali. Mereka akan menjalani latihan bersama Sabah FC dalam tempoh terdekat.

“Hari ini merupakan sesi pertama. Kita memiliki tiga fasa untuk bersiap sedia menghadapi latihan pra musim. Apa yang penting ini adalah persiapan rapi untuk kita menghadapi Liga Malaysia musim hadapan.

“Kita yakin dengan kehadiran tiga pemain itu nanti akan memperkukuhkan lagi kekuatan Sabah FC. Kita jangka mereka sampai pada 10 Januari depan,” katanya dalam satu kenyataan media semasa sesi latihan pertama Sabah FC kelmarin.

Kim Swee berkata Sabah FC akan memulakan latihan secara berperingkat-peringkat bagi menyesuaikan peranan serta menyusun semula posisi dan keserasian semua pemain.

“Dalam minggu pertama tidak banyak yang kita akan lakukan kecuali mendapatkan balik rentak agar semua pemain dapat bersama-sama bukan sahaja di dalam padang tetapi juga di luar padang,” tambahnya.

Katanya, setakat ini seramai 20 pemain termasuk beberapa muka baharu yang berjaya diikat Sabah FC untuk musim depan yang telah hadir pada sesi latihan pertama kelmarin.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular