HONG KONG: Pihak polis Hong Kong mencatat rekod kejayaan baru apabila berjaya merampas ketamin bernilai lebih AS$100 juta semalam.
Rampasan dadah sebanyak 1.3 tan menjadi sejarah rampasan terbesar oleh pihak berkuasa di bandar itu.
Sekatan perjalanan yang dikuatkuasakan mendorong penghantaran dadah dalam kuantiti yang besar oleh pihak mereka melalui kapal terbang membuatkan dadah tersebut mudah dikesan.
“Sindiket pengedaran dadah kebiasaannya menggunakan bot nelayan atau kapal untuk membawa dadah perairan Hong Kong, kemudian mereka akan menyediakan bot laju untuk menyeludup dadah ke pantai,” kata Ketua Inspektor Ip Sau-lan dalam sidang media.
Tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki India berusia antara 32 dan 47 tahun berjaya ditangkap dan kini ditahan untuk tindakan lanjut.
Daripada kenyataan pihak polis, siasatan sedang dilakukan dan telah bersedia untuk penangkapan selanjutnya.
Penyeludupan dadah dalam bentuk timbunan akan terus berterusan sekiranya Hong Kong mengekalkan sekatan perjalanan susulan daripada pandemik yang sedang melanda kini.
Dengan itu, pihak berkuasa diminta untuk sentiasa peka dan bersedia setiap masa agar jenayah dadah dapat dibanteras demi kebaikan bersama.