RANAU: Seorang wanita yang dilaporkan hilang telah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh orang awam di Kampung Lobou Lama Timbua, Ranau, hari ini.
Mangsa kejadian Elly Jumat, 35, telah ditemukan oleh penduduk kampung di Sungai Ulu Sugut Karagasan yang berada sekitar 40 kilometer dari kampung mangsa, pada jam 9.30 pagi tadi.
Pegawai Operasi Kanan PPGB, Ridwan Mohd Taib, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.44 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.
Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Susulan itu, Balai Bomba dan Penyelamat Ranau meminta masyarakat setempat untuk memberikan sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut. Boleh ke balai ataupun dengan menghubungi pihak bomba.