spot_img
HomeSemasaBerkhatan ramai-ramai pembuka lembaran 2022, UPPM Tanjung Aru

Berkhatan ramai-ramai pembuka lembaran 2022, UPPM Tanjung Aru

KOTA KINABALU:  Unit Pemimpin dan Pembangunan Masyarakat (UPPM) kawasan N22 Tanjung Aru membuka lembaran tahun baharu 2022 dengan menganjurkan Program Berkhatan Beramai-ramai bertempat di Balai Raya Kampung Tanjung Aru Lama, hari ini.

Program Berkhatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak UPPM Tanjung Aru sendiri.

Reduan Aklee ditemui pemberita berkata, seramai 32 orang kanak-kanak sertai program berkhatan ini, terdiri daripada penduduk Kampung Tanjung Aru Lama dan sekitarnya.

“Syabas dan terima kasih kepada Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana, pihak bomba dan perubatan  serta semua yang terlibat menjayakan program ini. Insyallah pada masa akan datang, kita akan anjurkan lagi program sebegini”

“Lihat gelagat anak-anak berkhatan seronok, walaupun ada yang takut-takut tetapi nampak mereka gembira. UPPM Tanjung Aru tanggung kos ini, sedikit sebanyak dapat membantu para ibu bapa anak-anak ini,” katanya.

Ketika majlis berlangsung, beliau berkesempatan menyerahkan sedikit sumbangan kewangan kepada Masjid Al-Kauthar Kampung Tanjung Aru Lama yang diterima oleh Ketua Muslimah Puan Noraini Sulaiman.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular