spot_img
HomeSemasaKebakaran di Kampung Pisang Lahad Datu, libatkan 4 buah rumah

Kebakaran di Kampung Pisang Lahad Datu, libatkan 4 buah rumah

LAHAD DATU: Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pisang, Lahad Datu, hari ini.

Panggilan kecemasan diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Lahad Datu sekitar jam 1.35 pagi hari ini.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah, pihak JBPM bergegas ke tempat kejadian selepas laporan diterima bagi melaksanakan operasi pemadaman yang turut dibantu oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Lahad Datu.

“Seramai 17 mangsa yang terlibat dalam kebakaran ini, namun tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berdasarkan laporan, 2 buah rumah hancur dalam kebakaran tersebut, 2 buah rumah lagi mengalami kerosakan teruk manakala 2 buah kenderaan dan 2 motosikal musnah dalam kebakaran tersebut.

“Operasi pemadaman dilaporkan selesai sepenuhnya pada jam 4.35 petang, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan pihak JBPM.

Susulan itu, kesemua mangsa dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah bagi tunjuan bancian untuk sebarang bantuan susulan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular