spot_img
HomeSukanTan Cheng Hoe lepas jawatan Ketua Jurulatih Kebangsaan

Tan Cheng Hoe lepas jawatan Ketua Jurulatih Kebangsaan

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan bahawa ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya, hari ini.

Cheng Hoe telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan FAM dan menyatakan hasratnya bagi meletakkan jawatan lahir setelah kegagalan skuad kendaliannya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar, hasil perbincangan secara bersemuka telah memutuskan pihak pengurusan FAM akhirnya menghormati keputusan tersebut dan bersetuju untuk melepaskan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak.

“Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Cheng Hoe yang telah berkhidmat selama 14 tahun bersama FAM sejak bergelar penolong jurulatih skuad B-20 kebangsaan pada 2005 hingga 2013 sebagai penolong jurulatih kebangsaan sebelum Kembali semula sebagai penolong jurulatih kebangsaan Nelo Vingada pada tahun 2017,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Antara sumbangan dan kejayaan yang diraih beliau adalah membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 ketika bergelar pembantu kepada Datuk. K Rajagobal serta naib juara Piala Suzuki AFF 2018 selaku ketua jurulatih.

Jasa dan sumbangan beliau akan sentiasa dikenang. Selamat maju jaya kepada Cheng Hoe dalam meneruskan karier kejurulatihannya selepas ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular