spot_img
HomeSukanSaddil tidak dapat beraksi suku akhir Piala FA

Saddil tidak dapat beraksi suku akhir Piala FA

KOTA KINABALU: Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata Saddil Ramdani tidak dapat beraksi malam ini akibat kecederaan.

Manakala Kwang Min Ko dan Irfan Zakaria baru sahaja pulih daripada kecederaan.

Datuk Ong berkata, Sabah akan berdepan perlawan getir pada malam ini menentang Kuala Lumpur dalam aksi kalah mati.

“Saya akan sentiasa pantau tahap kecergasan mereka dan berharap mereka dapat pulih sepenuhnya untuk bersama pasukan malam ini.

“Kita harus mengambil kesempatan bermain di tempat sendiri untuk memastikan layak ke peringkat seterusnya seperti yang kita inginkan,” katanya.

Kim Swee menegaskan kepada pemain Sabah sentiasa fokus bermain dengan baik di atas padang dan tidak terlalu memikirkan layak ke peringkat seterusnya.

“Saya tidak mahu pemain memikirkan untuk layak ke separuh akhir sehingga hilang fokus. Kita tidak mahu tewas di Likas terutama di hadapan penonton sendiri,” katanya. – Berita Harian

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular