SANDAKAN: Pasukan bomba berjaya menghentikan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda, di Bandar Ramai-Ramai, Block D Jalan Leila, Sandakan, semalam.
Komander Operasi PBK II Hazmizan Maksit, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden yang membabitkan seorang lelaki berusia 30an berada di beranda dapur rumahnya, cuba membunuh diri.
Menurut Hazmizan, isteri lelaki tersebut berjaya memujuk suaminya sebelum pasukan bomba berjaya masuk ke dalam rumah dan menarik mangsa serta membantu menenangkan mangsa.
“Mangsa berjaya diselamatkan dan hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki akibat terpijak serpihan kaca,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Maklumat mangsa tidak dapat diperolehi dan operasi menyelamatkan tamat pada jam 10.46 malam, setelah memastikan tiada lagi bahaya.
“Mangsa yang berjaya dipujuk diserahkan kepada pihak polis dan KKM untuk siasatan dan tindakan lanjut