spot_img
HomeSemasaBanjir Sabah: Jumlah mangsa banjir sedikit menurun

Banjir Sabah: Jumlah mangsa banjir sedikit menurun

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di Sabah menunjukkan penurunan yang positif membabitkan seramai 3,310 mangsa banjir daripada 1,316 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh Sabah.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, berkata jumlah berkenaan menunjukkan sedikit penurunan, berbanding 3,329 orang daripada 1,231 keluarga sehingga jam 9 malam tadi.

“Setakat ini enam daerah yang masih terjejas banjir adalah Kota Marudu, Paitan, Beluran, Telupid, Sandakan dan Pitas”

“Kota Marudu kekal daerah yang mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 2,653 membabitkan 1,113 keluarga dan kini ditempatkan di 13 PPS”

“Daerah Pitas merekodkan 296 penduduk terjejas banjir membabitkan 123 keluarga yang berada di empat PPS”

“Manakala seramai 172 mangsa daripada 38 keluarga pula dicatatkan di daerah Telupid yang masih berada di tujuh PPS,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Sementara itu, dua daerah lain kekal merekodkan mangsa banjir ialah Sandakan dengan seramai 46 mangsa membabitkan tujuh keluarga di satu PPS manakala Beluran 41 mangsa daripada 11 keluarga yang masih berada dua PPS. -Berita Harian

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular