spot_img
HomeSemasaGuarana masih tidak dibenarkan di Sabah

Guarana masih tidak dibenarkan di Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah tidak bercadang untuk membangunkan industri guarana di Sabah dan penduduk dinasihatkan supaya menjauhi tawaran mana-mana syarikat yang mempromosikan tumbuhan tersebut.

Timbalan Ketua Menteri, Jeffrey Kitingan berkata, guarana yang berasal dari Amerika Selatan diklasifikasikan sebagai tumbuhan berbahaya kerana terdedah kepada penyakit kulat, iaitu South America Leaf Blight (SALB).

Penyakit ini telah merosakkan sebahagian besar industri getah di Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Sabah yang mempunyai 195 000 hektar ladang getah, malahan telah melumpuhkan industri getah.

“Sebarang produk pertanian baharu yang akan diperkenalkan di Sabah perlu melalui proses penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan terlebih dahulu. Malangnya, guarana tidak menjalani sebarang proses tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tegas beliau, Jabatan Pertanian tidak pernah meluluskan permohonan permit mengimport guarana ke Sabah.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas penularan mesej mengenai pengedaran benih guarana fasa kedua yang melibatkan kira-kira 20 penduduk di Keningau menerusi aplikasi Whatsapp yang tular baru-baru ini.

“Setiap pokok guarana dijual pada harga RM50 dan harus dibayar dalam tempoh tiga hari sebelum tarikh pengagihan yang dijangka pada 31 Januari 2022,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular