spot_img
HomeSemasaDua wanita maut,nahas tiga kenderaan

Dua wanita maut,nahas tiga kenderaan

TAWAU : Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas menyatakan dua wanita maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di simpang Taman Semarak, Jalan Kuhara semalam.

Peter berkata dalam kejadian pukul 5.40 petang itu, mangsa dikenali sebagai Suwati Sugio, 50 tahun dan seorang wanita dikenali sebagai Nurfaizah, 20 tahun,disahkan maut di lokasi kejadian.

“Kejadian kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta dan dua buah pacuan empat roda iaitu jenis Toyota Land Cruiser, Toyota Vigo, dan Proton Saga FLX,” tambahnya.

Menurut Peter, sewaktu kejadian, pemandu kereta berusia 23 tahun dalam perjalanan dari arah Jalan Chong Thein Vun menuju ke Taman Semarak.

“Bagaimanapun, ketika memasuki simpang, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah Gudang 4 cuba mengelak namun akibat jarak yang terlalu dekat mengakibatkan pemandu terbabit melanggar bahagian hadapan kereta,” tambahnya.

“Akibat kejadian itu, pacuan empat roda terbabas lalu terseret sejauh kira-kira 26 meter sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lagi kenderaan lain,” tambahnya lagi ketika dihubungi.

Peter juga menyatakan kemalangan terbabit mengakibatkan dua penumpang di dalam kenderaan pacuan empat roda maut manakala selebihnya cedera.

“Manakala tiga lagi mangsa yang cedera masih di rawat di Unit Kecemasan Hospital Tawau manakala empat yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan,” tambahnya.

Hasil siasatan mendapati kemalangan tersebut berpunca daripada kecuaian pemandu Proton Saga semasa memasuki simpang jalan.- BTFM

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular