KUNAK : Tujuh remaja lelaki berumur antara 14 dan 17 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan susulan video yang tular pada Sabtu lalu di media sosial.
Video tersebut menunjukkan mereka memukul seorang remaja di kawasan tapak Pasar Tamu Kunak.
Selain mencederakan mangsa,tindakan mereka juga seperti tidak menghormati dan menghiraukan laungan azan yang berkumandang ketika itu.
Menurut siasatan, kejadian berlaku pada 28 Disember tahun lalu dan telah ditularkan di laman sosial iaitu Facebook dan Whatsapp.
Ketua Polis Daerah Kunak, Superintenden Sabarudin Rahmat berkata, menerusi rakaman video berdurasi 28 saat itu, kejadian dikatakan berlaku di satu kawasan lapang.
Menurutnya dalam kejadian itu, mangsa yang juga pengadu berumur 17 tahun seorang pemegang MyKad telah membuat laporan polis pada petang Sabtu selepas melihat video tersebut tular sehingga dikongsi oleh orang ramai yamg disusuli pelbagai komen dan reaksi.
Menurut pengadu, kejadian itu sebenarnya sudah lama dan tidak diketahui bagaimana video tersebut boleh tular di media sosial.
Berhubung perkara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.- IK