spot_img
HomeDuniaRakyat tertekan wabak COVID-19 tiada kesudahan

Rakyat tertekan wabak COVID-19 tiada kesudahan

BANGKOK: Merujuk tinjauan Jabatan Kesihatan Mental, seramai 200,000 orang warga Thailand dianalisis menghadapi tekanan atau stres akibat daripada pandemik COVID-19 yang masih tiada kesudahan.

Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Mental, Dr Amporn Benjaponpitak, berkata penilaian dan tinjauan kesihatan mental dalam talian telah dilaksanakan dan lebih 2.5 juta orang yang menyertai tinjauan tersebut. Hasil analisis menunjukkan 216,098 orang atau 8.38 peratus daripada responden mengalami tekanan.

Beliau turut menambah seramai 254,243 orang atau 9.86 peratus daripada responden terdedah kepada kemurungan, manakala 140,939, atau 5.46 peratus lagi berisiko membunuh diri.

Kaji selidik itu juga menunjukkan seramai 25,552 orang atau 4.16 peratus individu mengalami keletihan yang sangat memerlukan mereka untuk mendapatkan penjagaan kesihatan mental,” katanya.

Pesakit dengan simptom susulan COVID-19 yang mengalami masalah kesihatan fizikal selepas jangkitan juga memerlukan penjagaan kesihatan mental yang konsisten.

Oleh itu, beliau berkata, Jabatan Kesihatan Mental dan Jawatankuasa Kesihatan Mental Kebangsaan digesa untuk mengambil langkah proaktif bagi menggalakkan kesedaran mengenai kesihatan mental dalam keluarga dan masyarakat.

Pihak bertanggungjawab juga digesa untuk terus memantau masyarakat dengan melakukan tinjaun secara berkala bagi mengesan masalah tekanan dalam kalangan masyarakat agar kes bunuh diri yang seringkali terjadi sejak kebelakangan ini dapat diatasi dengan sebaiknya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular