KUALA LUMPUR: Isnin lalu, Azhan Rani, 45, terlibat dalam kemalangan motosikal di Jalan Templer, Rawang, Selangor. Kemalangan itu disahkan oleh pelakon Beto Kusyairy, 41.
Beto memaklumkan menerusi hantaran di laman Instagram, Azhan kini stabil tapi masih dalam jagaan pakar.
Beto menyampaikan amanah sahabat baiknya pada semua orang, Azhan telah terlibat kemalangan motosikal pada tengah hari semalam (isnin).
Menurut Beto lagi, keadaan Azhan sudah stabil dan masih dalam jagaan pakar.
“Pada semua sahabat, kenalan dan wartawan yang cuba menghubungi secara peribadi, beliau mohon maaf kerana tak dapat menjawap segala panggilan atau text untuk sementara waktu ini.
“Namun beliau tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas dirinya.
“Sama-sama kita doakan agar beliau segera sembuh dan kembali pulih seperti sediakala,” ujarnya.
Tambah Beto, sebelum menjawab sebarang pertanyaan, Azhan mahu memastikan keadaan dirinya betul-betul sudah stabil.
“Sehingga sekarang, dia masih dalam pemantauan, tidak pasti apakah jenis rawatan yang dia akan lalui pagi ini.
“Justeru, dia mahu memastikan keadaan dirinya stabil dan merancang untuk langkah seterusnya selepas ini,” ujarnya.
Kali terakhir Azhan mengemas kini akaun media sosialnya sekitar dua hari lalu dan selepas dimaklumkan keadaannya, hantaran terakhir di Instagram mula dihujani dengan komen dan doa dari peminat. – Astro Awani


