spot_img
HomeSemasaLee Zii Jia tinggalkan BAM

Lee Zii Jia tinggalkan BAM

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Norza Zakaria, mengesahkan bahawa pemain nombor 7 dunia, Lee Zii Jia telah membuat tender dalam peletakan jawatan kepada badan induk tersebut, 11 Januari lalu.

“Lee Zii Jia dan kakaknya, Lee Zii Yii berjumpa dengan saya, kemudian mereka berjumpa Setiausaha Agung BAM, Kenny Goh dan kami cuba memujuknya untuk kekal bersama BAM,” ujarnya.

Jelas beliau, pihaknya menjaga dan menyokongnya sejak berumur 13 tahun lagi dan tidak mahu kehilangannya kerana ingin membawa dia ke peringkat seterusnya seperti yang dilakukan dengan Lee Chong Wei.

Malangnya, Lee Zii Jia telah menjelaskan dia tidak boleh mengendalikan tekanan tersebut dan dirinya bukanlah Lee Chong Wei.

Mengulas lanjut, Norza turut menyatakan bahawa Lee Zii Jia mahu mencapai sesuatu dengan caranya yang tersendiri.

“Kami menghormati pandangan semua orang tetapi kami adalah sebuah institut, jadi saya mengadakan mesyuarat majlis untuk mendengar permasalahan yang dihadapi kerana dia  adalah aset utama kami,” tambahnya lagi.

Oleh itu, pihaknya memberi mandat kepada Timbalan Presiden  BAM, Jahaberdeen Mohamed Yunoos untuk membuat pengumuman rasmi di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada Jumaat ini, jam 4 petang. – BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular