KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin telah berjaya merampas minuman keras tidak bercukai di sebuah rumah sewa di kawasan Menggatal awal pagi tadi.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu, Roslan Awang berkata, pihak polis telah membuat pemerhatian kira-kira beberapa jam terhadap sebuah rumah sewa yang mencurigakan di kawasan taman perumahan Menggatal.
Beliau berkata, setelah intipan dijalankan dan tiada kelibat individu yang dilihat, pasukan polis marin terus membuat serbuan ke dalam rumah sewa berkenaan.
“Hasil serbuan itu tadi, pasukan serbuan telah menemui beberapa minuman keras tidak bercukai di simpan di dalam rumah tersebut. Anggaran nilai minuman yang dirampas adalah RM99,960.00.
“Barang rampasan disiasat di bawa Akta Kastam 1967,” katanya.