spot_img
HomeSemasaTABS SAFA Bandaraya terima sumbangan Pengarah Sabah FC

TABS SAFA Bandaraya terima sumbangan Pengarah Sabah FC

KOTA KINABALU : Pengarah Sabah FC, Datuk Jelani Hamdan mengumumkan sumbangan kelab itu sebanyak RM5,000 kepada Tunas Asas Bola Sepak (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya.

Jelani berkata sumbangan itu susulan kerjasama pembentukan pasukan B12 dan B17 antara TABS dan Sabah FC.

“Tahun lepas, TABS dan Sabah FC menandatangi memorandum persefahaman (MoU) bagi pembentukan dua pasukan remaja tersebut,” tambahnya.

Menurut Jelani, sumbangan tersebut sebagai permulaan bagi penyediaan peralatan sukan dan jersi kedua-dua pasukan berkenaan.

“Sekiranya terdapat keperluan Sabah FC akan menambah sumbangan itu bagi memperkasakan lagi kerjasama pembentukan pasukan B12 dam B17 tersebut,” tambahnya.

Jelani berkata, Program Pembangunan Bola Sepak yang dikendalikan TABS itu sangat baik kerana para pelatih akan mendapat latihan dan bimbingan untuk mengembangkan bakat mereka.

“Pelatih-pelatih ini akan mendapat pendedahan dan mereka yang berbakat akan menjadi pelapis kepada pemain-pemain senior nanti”, katanya.

Hadir sama Timbalan Pengerusi TABS, Lokman Sunggim, Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom, AMT SAFA, Shamsuddin Mohd Shah, Pengarah Teknikal SAFA, Omar Maya Amat dan Setiausaha SAFA Bandaraya, Dg. Juraidah Datuk Abdul Rahim.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular