spot_img
HomeSukanSukan Sepak Takraw semakin berkembang di Sabah

Sukan Sepak Takraw semakin berkembang di Sabah

Sepak takraw sudah tidak asing lagi dalam dunia sukan tanah air, terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu. Walaupun sukan ini dikatakan sukar, namun ramai juga yang sanggup mempelajarinya.

Menurut ahli Persatuan Sepak Takraw Negeri Sabah (ASTAKA), Mohd Mazlan Ramlan, sukan sepak takraw lebih banyak melibatkan komponen kecergasan seperti ketangkasan, kuasa, koordinasi serta fleksibiliti.

“Penguasaan beberapa kemahiran dalam sukan sepak takraw penting bagi mencapai satu tahap kecergasan yang tinggi sebelum menghadapi pertandingan seperti kemahiran akrobatik,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Jelas beliau, Sabah juga tidak ketinggalan dalam sukan sepak takraw ini kerana dilihat semakin berkembang selepas keberanian pihak penganjur membawa masuk beberapa pemain yang berstatus tinggi untuk bertanding dalam kejohanan-kejohanan yang dianjurkan.

Pada masa yang sama, inisiatif tersebut dapat memberi peluang kepada Sabah untuk menunjukkan persaingan dan kemampuan sebenar. Tidak mustahil pasukan Sabah mampu bersaing dalam Liga Sepak Takraw (STL), mencabar pasukan elit seperti KL Thunder dan  ATM Guardians.

“Penganjuran kejohanan seperti U21 turut memberi impak yang besar kepada kemajuan sukan sepak takraw di Sabah kerana pemain-pemain muda dapat menunjukkan kebolehan mereka untuk kekal berdaya saing dengan pemain-pemain elit yang lain,” tambahnya lagi.

Penulis: Siti Nur Safwani Roslam

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular