spot_img
HomeDuniaBangunan musnah seorang cedera, letupan di bandar Athens

Bangunan musnah seorang cedera, letupan di bandar Athens

ATHENS: Kejadian letupan yang berlaku di tengah Athens yang mendorong berlakunya kebakaran menyebabkan seorang tercedera dan beberapa bangunan mengalami kerosakan teruk.

Ketua Pusat Penjagaan Kecemasan Kebangsaan, Giorgos Mathiopoulos, berkata individu yang tercedera akibat daripada kebakaran itu melecur dan kemudian dibawa ke hospital dengan segera.

Daripada kejadian leputan itu juga menyebabkan kemusnahan pada bahagian tingkap dan permukaan hadapan deretan bangunan sehingga menjangkau keluasan 200 meter, di sepanjang laluan Syngrou Avenue, yang menghubungkan antara pusat bandar serta selatan pinggir bandar.

Seramai 18 orang petugas bomba dikerahkan untuk segera ke lokasi kejadian dengan menggunakan tujuh jentera dan bertungkus lumus memadam kebakaran di sebuah bangunan, sebelum berjaya mengawal api yang sedang marak.

“Kebakaran yang berlaku adalah disebabkan oleh letupan,” kata komander bomba yang terlibat di lokasi kejadian.

Setakat ini, pegawai yang bertugas memaklumkan bahawa punca letupan yang mencetuskan kebakaran belum dapat dikenal pasti dan perkara ini akan diselidiki untuk mencari punca sebenar kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular