LAHAD DATU: Sub Ketua Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dan pembuat bom, Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan telah yang dilaporkan terbunuh akibat tembakan dalam insiden yang berlaku di Selatan Filipina pada bulan Mei tahun lalu kini berubah yang mana dia disahkan hidup.
Komander Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Hamzah Ahmad berkata, maklumat mengenai Mudzrimar diperolehi hasil perkongsian perisikan di antara ESSCOM dengan Joint Task Force Sulu (JTFS) dan Western Mindanao Command (J2 WESTMINCOM).
“Mudzrimar disahkan hidup susulan beberapa siri pertempuran dan pertembungan pasukan keselamatan Filipina sejak Julai 2021,
“Mudzrimar yang turut didakwa sebagai perancang kepada beberapa insiden letupan di Jolo, Filipina itu telah dimaklumkan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).
Hamzah berkata, Mudzrimal kini kenal berada dalam senarai dikehendaki oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes jenayah rentas sempadan dan penculikan wnag tebusan di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE).
“Senarai 20 penjenayah rentas sempadan telah dikeluarkan dan dikehendaki pihak berkuasa termasuk lima suspek baharu iaitu Ahadin Hussein, Ellam Sajirin @ Nasirin dan Ismurah Jirah yang turut terjebak dengan kes yang berlaku di perairan Tambisan,” katanya.