spot_img
HomeSemasaAir Terjun Bukit Galas dan Hutan Simpan Mambalua, tempat menarik di Tawau

Air Terjun Bukit Galas dan Hutan Simpan Mambalua, tempat menarik di Tawau

Tawau sangat dikenali oleh hutan simpan yang sangat cantik. Taman Bukit Tawau merupakan salah satu hutan simpan yang sangat terkenal  bukan sahaja kepada warga Tawau malah kepada pelancong asing.

Taman Bukit Tawau terletak 22 kilometer dari bandar Tawau yang telah diwartakan menjadi Taman Taman Sabah (Sabah Park) pada tahun 1979. Sejak dahulu lagi Taman Bukit Tawau merupakan pusat tadahan air terpenting untuk daerah Tawau, Semporna dan Kunak.

Taman Bukit Tawau juga dikenali sebagai hutan hujan tropika. Kawasan ini menjadi tempat pelancongan adalah kerana mempunyai habitat flora dan fauna.  Spesis pokok-pokok komersil yang merangkumi sekurang-kurangnya 24 spesis Dipterokarpa dan terdapat 31 spesis pokok komersil iaitu bukan sepsis Dipterokarpa terdapat di sini.

Bukan itu sahaja kawasan ini dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan herba, pokok paku pakis dan menjadi tempat tinggal pelbagai jenis hidupan seperti monyet dan burung.

Pada setiap hujung minggu dan cuti umum, tempat ini tidak lekang dengan pengunjung yang ingin menikmati kesejukan dan ketenangan bunyi air sungai. Bukan sahaja menjadi tempat rekreasi malah menjadi tempat pekhemahan, mendaki gunung dan meniti silara.

Sebilangan kumpulan pendaki di daerah Tawau telah sampai ke Air Terjun Bukit Galas yang terletak 2.5 kilometer dari kawasan utama Taman bukit Tawau. Hal ini menjadi kegilaan setiap pendaki kerana sepanjang perjalanan mereka akan di iringi dengan deruan air sungai yang mengalir.

Air Terjun Bukit Galas Tawau – Foto unnianje.blogspot.com

Dengan keluasan 28 ribu hektar, Taman Bukit Tawau menetapkan 3 puncak gunung tertinggi di daerah Tawau yang dahulunya merupakan gunung berapi. Gunung tersebut adalah Gunung Magdalena iaitu setinggi 1310 meter, Gunung Lucia iaitu 1189 meter dan Gunung Maria iaitu 1067 meter.

Taman ini juga mempunyai pokok tropika tertinggi di dunia dari sepsis Seraya Kuning Siput iaitu mempunyai tinggi 88.32 meter. Keunikan dan keindahan Taman Bukit Tawau ini sangat memberi manfaat kepada penduduk Tawau kerana tempat tarikan pelancong dalam dan luar negara berkunjung ke sini. Sekaligus merancakkan ekonomi penduduk setempat.

 

Taman Rekreasi Hutan Simpan Mambalua Tawau

Jauh dari kesibukan pusat bandar Tawau terdapat taman rekreasi yang terletak di batu 10. Taman rekreasi ini sangat sesuai kepada yang minat aktviti yang mencabar.

Walaupun taman ini baru sahaja buka, tetapi kemeriahan sangatlah dirasai. Aktiviti yang ditawarkan adalah berbeza dengan tempat lain yang terdapat di Tawau, seperti berkayak, abseiling, hammocking dan banyak lagi.

Aktviti yang ditawarkan dapat dilakukan oleh seisi keluarga. Oleh itu, tempat ini menjadi tumpuan setiap keluarga yang mencari keunikan dan sangat sesuai kepada yang menyukai dunia lasak.

Taman ini juga sangat terkenal kepada yang suka berkhemah. Dengan keadaan tasik yang menenangkan amatlah sesuai untuk aktivti perkhemahan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Terdapat juga pakej-pakej yang ditawarkan bagi memudahkan pengunjung untuk merancang aktiviti mereka. Selain bergembira pengunjung juga dapat menikmati persekitaran yang lebih sihat dengan menghirup udara yang segar.

Keindahan taman rekreasi ini juga menjadi tempat fotoshoot untuk pelbagai majlis. Pelbagai tempat telah disediakan untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Oleh itu, tempat ini menjadi tempat tarikan pelancong di kawasan Tawau untuk beriadah bersama keluarga.

Keindahan alam semula jadi amatlah baik untuk tubuh badan. Setelah penat bekerja, badan memerlukan rehat dan perlu menghirup udara yang segar. Tidak perlu keluar daerah ataupun keluar negeri mahupun negara di dalam daerah juga mempunyai tempat yang dapat menenangkan minda.

 

Penulisan berita : Azizan bin Juljain

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular