Apabila digembar-gemburkan tentang Gunung Kinabalu, pasti setiap daripada kita ingin mengembara ke sana. Bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Sabah dan seluruh warga Malaysia tetapi ianya juga terkenal di luar negara. Gunung ini mempunyai ketinggian yang hampir mencecah 4,095 meter dari paras laut.
Gunung ini yang terletak di Kundasang, Ranau merupakan gunung tertinggi di Rantau Nusantara. Gunung Kinabalu ini juga menjadi tempat pelancong yang suka melakukan aktiviti lasak seperti hiking.
Menariknya, gunung Kinabalu juga tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia United Educational, Scienetific and Cultural Organization (UNESCO).
Taman Negara Kinabalu memiliki kawasan seluas 754 km persegi ini, telah diwartakan pada tahun 1964. Ia diperakui sebagai gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Pada tahun 2010 ianya disenaraikan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO dan sekaligus menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Terdapat juga yang mengatakan bahawa bentuk keunikan Gunung Kinabalu ini terbentuk daripada batuan yang membeku dan gubah granit (batu igneus) yang berusia jutaan tahun dahulu. Para pengkaji menganggarkan usianya mencecah lebih kurang 10 juta tahun yang lalu.
Tambahan pula, Flora dan Fauna yang terdapat di sekitar gunung lebih dariapada 5000 spesis. Sebagaimana yang kita tahu, terdapatnya periuk kera, bunga Rafflesia, burung belatuk, pelanduk, tikus kasturi dan banyak lagi. Lebih unik lagi apabila mendaki di puncak pasti akan menemui spesis yang lebih menyerlah keunikannya.
Kemunculan pelbagai habitat dari hutan hujan tropika, kawasan rendah tropika, hutan separa alpine, hutan gunung tropika dan tumbuhan renek laluan pendakian ke puncak gunung.
Jadi secara tidak langsung, sedikit info tentang keunikan Gunung Kinabalu ini akan menjadikan kita bersemangat untuk melawati dan menikmati keindahannya yang sangat mempesonakan.
Penulis: Muhammad Hafizudin Ibrahim


