KUALA LUMPUR: Pemulihan syarikat, terutama bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), dijangka berdepan tekanan, akibat pengenaan surcaj 3.70 sen/kWj kepada semua pengguna komersial dan industri.
Presiden Kebangsaan Persatuan PKS Malaysia, Ding Hong Sing berkata, peningkatan kos bakal dihadapi oleh syarikat yang terlibat dalam pembuatan, kerana lebih banyak menggunakan tenaga elektrik.
Secara tidak lansung, peningkatan kos ini mendorong kepada peningkatan harga barang.
Jelasnya, kebiasaannya, kos elektrik mewakili sekitar 5-35 peratus, bergantung kepada jenis produk yang dihasilkan.
“Jika kos elektrik meningkat 10 peratus, bagi mereka dengan bil elektrik bulan sebanyak RM 100 000 sebulan akan berdepan kenaikan sebanyak RM 1 000 sebulan,”katanya, ketika mengulas tentang impak pengenaan cukai surcaj elektrik 3.70 sen/kWj kepada pelanggan dan komersial.
Tambahnya lagi, ditengah-tengah pemulihan daripada impak negatif penularan pandemik COVID-19, peningkatan kos sememangnya sukar bagi PKS.
“Fenomena peningkatan kos elektrik akan memberi tekanan disebabkan oleh, ketika ini, masih banyak industri yang berdepan kesukaran khusus.”
Bagaimanapun, disebalik ini, berikutan impak pandemik dan bencana banjir, pengenalan kadar tarif elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung Malaysia untuk Tempoh Regulatory Ketiga (RP3) dapat membantu rakyat menampung kos Sara hidup yang tinggi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Saravanan Thambirajah berkata, walaupun berlaku peningkatan kos bahan api ekoran kenaikan harga arang batu di pasaran sehingga mencecah US$200 satu tan, kerajaan melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) akan menampung kos bahan api untuk tempoh February 2022 hingga Jun 2022.
“Dengan subsidi ini, pengguna tidak perlu membayar kos yang tinggi untuk penggunaan elektrik.
Katanya, kerajaan memperuntukkan dana KWIE sebanyak RM715 juta untuk menanggung kos. Oleh Itu, kerajaan telah bersetuju untuk pemberian rebat dua sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan.
Bukan itu sahaja, kerajaan turut mengumumkan pengguna bukan domestik seperti komersial dan industri, akan dikenakan surcaj Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT), sebanyak pengenaan Surcaj 3.70 send/kWj.
“Berkemungkinan besar, inilah penyebab kos operasi mereka meningkat dan akan dipindahkan kepada pengguna. Seterusnya menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan dalam tempoh terdekat”, tambahnya lagi. -BH