spot_img
HomeSemasaBapa dipenjara 20 tahun, serangan seksual fizikal dengan anak

Bapa dipenjara 20 tahun, serangan seksual fizikal dengan anak

TAWAU: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melakukan serangan seksual fizikal terhadap dua anak perempuannya, kelmarin.

Lelaki berusia 50 tahun itu mengaku bersalah bagi kedua-dua pertuduhan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Amir Shah Amir Hassan, yang bertindak selaku hakim.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan serangan seksual terhadap anak perempuannya berusia 17 tahun dengan meraba kaki kirinya di sebuah rumah pekerja di Ladang Belian, Kalabakan sekitar jam 10 malam pada Ogos 2020.

Bagi pertuduhan kedua, sekitar jam 11 malam pada Januari 2021, tertuduh didakwa meraba bahagian lutut kiri seorang lagi anak perempuannya berusia 15 tahun di lokasi yang sama.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman mulai tarikh tertuduh ditangkap pada 11 Januari tahun ini dan dirujuk ke Jabatan Imigresen.

Dalam penghakimannya, Amir Shah berpendapat bahawa kesalahan itu adalah berat dan serius dengan mengambil kira kepentingan awam dan trauma emosi mangsa yang terlibat.

Peguam bertugas, Jhassary P Kang, mewakili tertuduh merayu agar meringankan hukuman dan menyatakan tertuduh menginsafi perbuatannya.

Setiap pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular