spot_img
HomeSemasaPemancing hilang, dikhuatiri jatuh ke laut

Pemancing hilang, dikhuatiri jatuh ke laut

Kota Kinabalu: Satu operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diaktifkan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu bagi mengesan lelaki yang hilang semasa memancing di perairan Pulau Tiga dan Pulau Mengalum.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata maklumat awal diperoleh daripada isteri mangsa yang melaporkan kejadian selepas gagal menghubungi suaminya sejak 7 Februari lalu.

Mangsa yang hilang dikenali sebagai Lauren Alipiin, 33, dilaporkan keluar ke laut menggunakan bot pam berwarna kuning dan hijau.

“Bertindak atas maklumat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia mengatur gerak aset masing-masing ke lokasi bagi melaksanakan pencarian awal.

“Pasukan SAR berjaya menemukan satu tong ikan dalam keadaan terapung di kedudukan kira-kira 12 batu nautika utara Pulau Tiga dan disahkan ianya adalah milik mangsa berdasarkan pengecaman isteri mangsa,” katanya.

Laporan sementara, pasukan SAR akan meneruskan operasi pencarian, di samping menyeru orang awam yang mempunyai petunjuk berkaitan kes ini agar segera menyalurkan maklumat terbabit ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di talian 088-387774. -Utusan Borneo

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular