spot_img
HomeSemasaHampir 170,000 kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19

Hampir 170,000 kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR: Seramai 169,710 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun, atau 4.8 peratus daripada populasi mereka telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat semalam.

Mereka divaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang dilancarkan 3 Februari lepas dan akan menerima dos kedua dalam tempoh lapan minggu.

Berdasarkan portal CovidNow, sebanyak 13,258,893 atau 56.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak setakat semalam.

Seramai 22,936,644 individu atau 97.5 peratus penduduk telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 98.7 peratus atau 23,212,859 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, seramai 2,795,507 atau 89.8 peratus penduduk di negara ini telah melengkapkan vaksinasi, diikuti seramai 2,874,510 atau 92.3 peratus daripada mereka telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 118,875 dos vaksin telah dikeluarkan, melibatkan 35,441 sebagai dos pertama, 649 dos kedua dan 82,785 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICKids kepada 65,042,686.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 11 kematian direkodkan akibat COVID-19 dengan jumlah tertinggi di Sabah iaitu lima, diikuti empat di Johor dan masing-masing satu di Kelantan dan Pahang. – Bernama

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular