spot_img
HomeEkonomiPerlindungan takaful penting, elak beban masa depan

Perlindungan takaful penting, elak beban masa depan

Ibarat pepatah Melayu “sediakan payung sebelum hujan” begitu perumpamaan sering diungkapkan pada masa kini. Perancangan dalam kehidupan perlu dititikberatkan, terutama dari segi pengurusan kewangan.

Bijak mengurus kewangan maka teraturlah kehidupan seharian. Segmen Bijak Wang kali ini, akan menerangkan berkenaan pengurusan hibah takaful.

Perunding Takaful, Syaripuddin Kamaruddin berkata pelan takaful perlindungan untuk diri dan keluarga adalah sangat penting bagi mengelakkan bebanan kewangan pada masa depan.

Lain padang lain belalang, setiap individu mahupun keluarga adalah berbeza nasib, rezeki, jodoh serta ajal maut termasuklah risiko kehidupan. Cuma yang membezakan sama ada kita telah membuat perancangan kewangan dengan sebaiknya atau sebaliknya”

“Selalunya masyarakat kita hari ini lebih mementingkan soal kehendak berbanding keperluan. Kita selalu lupa akan kematian kerana ajal maut akan berlaku bila-bila masa dan di mana-mana sahaja,” katanya.

Syaripuddin berkata saranan pihak kerajaan terhadap pengambilan vaksin, ia adalah satu ikhtiar untuk mengurangkan risiko daripada dijangkiti virus Covid-19 tetapi bagaimana pula dengan ikhtiar perlindungan pendapatan diri.

“Jangan kita lupa ada beberapa risiko dalam kehidupan yang kita tidak dapat mengelaknya saat datangnya musibah tidak terduga seperti sakit kritikal, kemalangan, lumpuh kekal, mati diusia muda dan juga hidup terlalu lama”

“Di media massa seringkali keluar berita individu persorangan ataupun waris meminta sumbangan bantuan perubatan akibat diuji dengan sakit kritika seperti sakit kanser, jantung, buah pinggang dan kemalangan,” katanya.

“Kehilangan anggota badan akibat kemalangan atau tidak berupaya untuk kembali bekerja. Kos perubatan dan kos menyara keluarga menjadi bebanan disebabkan terlupa mengambil perlindungan takaful diri,” tambahnya lagi.

Menurut beliau, setakat hari lebih kurang 15 syarikat pengendali takaful di Malaysia yang diluluskan dan diselia di bawah Bank Negara Malaysia termasuklah Zurich Takaful atau sebelum ini dikenali sebagai MAA Takaful.

MAA Takaful telah ditubuhkan pada 3 Mac 2006, sebelum dijenamakan menjadi Zurich Takaful pada 02 Ogos 2016 sehingga kini dan berpengalaman luas selama 16 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular