spot_img
HomeSemasaKim Swee mahu The Rhinos beri aksi terbaik

Kim Swee mahu The Rhinos beri aksi terbaik

KOTA KINABALU: Pengendali Sabah FC, Ong Kim Swee mahu para pemain The Rhinos mempamerkan prestasi terbaik pada perlawanan terakhir menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2022 di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada malam ini.

Beliau juga menyatakan para pemain Sabah FC harus memperbaiki rentak dan melipatgandakan mutu permainan berbanding perlawanan pertama dan kedua sebelum ini.

“Tidak dapat dinafikan, pasukan KDA FC adalah pasukan ‘favourite’ kerana kelebihan jumlah jaringan gol mereka jauh lebih baik dan lebih bersedia pada kali ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan kepada pemainnya tiada pilihan lain selain memperbaiki corak pemainan dan ingin melihat satu persembahan yang lebih baik, terutamanya pada perlawanan terakhir piala SMJ hari ini.

“Perlawanan terakhir itu penting bagi memastikan para pemain The Rhinos bersedia sebelum menghadapi perlawanan pertama Liga Super yang dijangka bermula dalam tempoh dua minggu lagi,” tambahnya lagi.

Mengulas lanjut, Kim Swee memaklumkan jumlah pemain yang bersedia untuk diturunkan pada perlawanan terakhir malam ini bergantung kepada keadaan kecergasan pemain.

“Kesemua pemain diminta bersiap sedia jika diturunkan dan menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada apa sebelum ini,” ujarnya.

Sementara itu, KDA FC kini berada ditangga pertama dengan kelebihan empat jaringan manakala Sabah FC berada pada kedudukan kedua dengan hanya mengutip tiga mata.

Sabah FC akan bertemu KDA FC untuk saingan Piala SMJ 2022 di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada jam 9 malam ini. – Sabah FC

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular