spot_img
HomeJenayahEbit Lew didakwa, berdepan 11 pertuduhan

Ebit Lew didakwa, berdepan 11 pertuduhan

Kota Kinabalu: Pendakwah terkenal Ebit Lew dihadapkan di Mahkamah Majistret Tenom, hari ini atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Ebit, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pada 7 Ogos 2021, polis terima laporan ke atas Ebit yang didakwa melakukan gangguan seksual dengan hantar gambar dan perkataan lucah kepada mangsa melalui aplikasi Whatsaap.

“Berikutan itu satu laporan polis dibuat pengadu lain untuk dakwaan kesalahan sama rentetan daripada laporan-laporan ini dan satu lagi laporan polis dibuat.”

“Keseluruhan tiga laporan polis diterima dan dua laporan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Akta 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,”

Kesemua mangsa berumur diantara 21 tahun sehingga 40 tahun dari Tenom dan seorang lagi di Semenanjung Malaysia.

“Sekiranya bersalah, tertuduh boleh dihukum penjara lima tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali. PDRM mohon semua pihak untuk tidak buat spekulasi dan provokasi bagi memastikan prosiding perbicaraan berjalan lancar di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, polis juga telah membuat siasatan dari pelbagai sudut berdasarkan seksyen-seksyen berkaitan fitnah.

“Sama ada terdapat unsur fitnah atau sebaliknya, setelah bukti dikumpul dan nyata inilah hasil tindakan dibuat,” katanya.

Jelasnya, siasatan lanjut akan diteruskan di samping menggesa masyarakat luar jika mempunyai maklumat yang lain daripada kes ini agar tampil ke hadapan membantu siasatan kes. -Utusan Borneo

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular