ISKANDAR PUTERI: Berkenaan pemberian vaksin kepada golongan kanak-kanak, pihak berwajib memutuskan bahawa tiada sebarang paksaan kepada ibu bapa sama ada membenarkan anak mereka mengambil vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).
Perdana Menteri berkata, segelintir ibu bapa menganggap kerajaan memaksa program PICKids terhadap kanak-kanak sedangkan ia adalah tidak benar.
Tiada sebarang paksaan pada rakyat untuk pengambilan dos penggalak dan pemberian vaksin kepada kanak-kanak. Setiap keputusan adalah bergantung kepada kehendak ibu bapa atau individu sendiri.
“Kerisauan dalam kalangan rakyat adalah satu perkara biasa kerana sewaktu pengambilan vaksin dos pertama sebelum ini ramai yang takut kerana terlalu banyak cerita bukan-bukan yang tular,” katanya.
Walaubagaimanapun, pihak kerajaan tidak menyalahkan rakyat berkaitan isu ini. Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) sudah memberi jaminan kepada ibu bapa, namun ramai ibu bapa yang masih bimbang. Dengan itu, pihak berwajib tidak memaksa dan setiap keputusan terserah pada kehendak sendiri.
Setakat ini, dilaporkan seramai 341,960 atau 9.6 peratus populasi kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui PICKids, setakat semalam dan jumlah itu mencatatkan peningkatan hampir 50,000 orang berbanding kelmarin yang merekodkan 289,912 kanak-kanak atau 8.2 peratus kumpulan usia sama.