spot_img
HomeSemasaCari tempat memancing, remaja temukan mayat

Cari tempat memancing, remaja temukan mayat

Kuching: Sekumpulan remaja yang sedang mencari tempat memancing di kawasan Sungai Maong Kanan, terkejut apabila menjumpai mayat manusia di kawasan tangki air di MJC, Batu Kawa malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya menerima laporan sekitar jam 7.13 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Jelasnya, identiti mayat tersebut telah dikenal pasti iaitu lelaki berusia 63 tahun berasal dari Kuching.

Laporan sementara, polis tidak menjumpai barangan lain yang mencurigakan serta tiada unsur jenayah terhadap mangsa.

“Kes bagaimanapun diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Sementara itu, hasil pemeriksaan lanjut pada tubuh badan mangsa mendapati mangsa dianggarkan telah meninggal dunia dalam tempoh lebih kurang 48 jam sebelum ditemukan kumpulan remaja terbabit.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa tidak pernah dilaporkan hilang sebelum ini,” jelasnya lagi.

Ujarnya, mayat seterusnya dihantar ke Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut. -Utusan

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular