spot_img
HomeSemasaProtokol baharu kuarantin kontak rapat

Protokol baharu kuarantin kontak rapat

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan kontak rapat kepada pesakit COVID-19 yang tidak bergejala dan berumur 18 tahun serta sudah menerima dos penggalak tidak perlu menjalani kuarantin bermula 1 Mac ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagaimanapun individu berkenaan perlu menjalani ujian kendiri (RTK) pada hari pertama dan ketiga pada tarikh akhir mereka terdedah dengan kes positif berkenaan.

“Sekiranya ujian yang dijalankan itu negatif, maka individu berkenaan boleh melakukan urusan seperti biasa, manakala mereka yang positif pula dikehendaki untuk melaporkan dalam aplikasi MySejahtera serta menjalani tempoh isolasi.

“Bagi individu yang telah lengkap dos vaksin namun belum menerima dos penggalak, mereka kekal perlu menjalani kuarantin dalam tempoh lima hari sekiranya menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19,” katanya dalam sidang media hari ini.

Susulan itu, kontak rapat kes COVID-19 berusia bawah 18 tahun dan telah lengkap vaksinasi perlu menjalani kuarantin selama lima hari sekiranya menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19. – Hmetro

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular