MOSCOW: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu Presiden Rusia agar menghentikan tindakan serangan ke atas Ukraine yang baru bermula awal pagi tadi.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, membuat gesaan itu sejurus selepas Putin mengisytiharkan perang ke atas Ukraine dan segera mengadakan mesyuarat tergempar bagi menghadapi masalah tersebut.
Guterres juga meninggalkan pesanan kepada Rusia agar menghentikan serangan tersebut dan menasihatkan kedua-dua pihak untuk memulakan perdamaian.
“Diharapkan pihak Rusia dapat menghentikan kemaraan tentera untuk menyerang Ukraine. Beri peluang kepada kedamaian. Perang yang baru bermula ini sudah meragut ramai nyawa,” jelas Guterres.
Seperti yang dijangka, pihak Rusia tidak mengendahkan rayuan tersebut dan membuat kenyataan balas menerusi siaran langsung televisyen tempatan untuk menggambarkan pencerobohan itu sebagai ‘pendudukan tentera khas’.
Operasi itu bertujuan untuk ‘membersihkan’ Ukraine daripada imej Nazi dan tidak berniat untuk menakluk negara itu secara total dan pihak Rusia turut menegaskan bahawa ianya adalah satu pertempuran yang tidak dapat dielakkan.