spot_img
HomeSemasaSabah rekod 2,131 kes baharu COVID-19

Sabah rekod 2,131 kes baharu COVID-19

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sebanyak 2,131 kes baharu COVID-19 hari ini dengan jangkitan sporadik dalam komuniti kekal tinggi iaitu 69.03 peratus.

Menurut Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, hampir semua daerah di Sabah menunjukkan penurunan kes kecuali di Tambunan yang menunjukkan peningkatan sebanyak 45 kes, Penampang (15 kes), dan Papar (2 kes).

“Walaupun berlaku penurunan kes harian pada skala yang agak besar, ancaman penularan baharu masih wujud dengan mengambil kira peratusan jangkitan sporadik dalam komuniti yang amat tinggi.

“Kes melalui jangkitan sporadik merupakan penyumbang utama kes-kes baharu hari ini pada 25 daripada 27 daerah di Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Masidi Manjun, lima daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu 677, Penampang (199 kes), Tuaran (145 kes), Papar (122 kes) dan Kota Belud (100 kes).

“Sebanyak 19 daerah lagi mencatatkan kes dua angka manakala tiga daerah iaitu Semporna, Kalabakan dan Kunak masing-masing mencatatkan kes satu angka.

Masidi Manjun berkata, sebanyak 2,118 daripada 2131 kes baharu adalah berada di bawah Kategori 1 dan 2, enam kes lagi berada dalam Kategori 2, enam kes dalam Kategori 4 manakala satu kes berada dalam Kategori 5.

Susulan itu, PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 55,540 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak yang berumur antara lima hingga 11 tahun yang layak divaksin.

“Sebanyak 231 kes yang melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 129 daripadanya merupakan kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun yang belum layak menerima vaksin,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Utusan Borneo

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular