spot_img
HomeSemasaPerpustakaan lapangan terbang pertama Malaysia dibuka di KKIA

Perpustakaan lapangan terbang pertama Malaysia dibuka di KKIA

KOTA KINABALU: Perpustakaan lapangan terbang pertama Malaysia telah dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Fatimah Abdillah berkata, perpustakaan itu terletak di balai berlepas dan boleh memuatkan sehingga 12 orang pada satu masa, walaupun protokol COVID-19 membenarkan hanya enam orang buat masa ini.

“Ini bagi menyediakan tempat kepada penumpang untuk menikmati bahan bacaan, mendapatkan maklumat terkini atau membaca sambil menunggu penerbangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, perpustakaan ini menawarkan jutaan koleksi media digital, 23 judul majalah dengan jumlah 200 majalah, beberapa buku dan alat permainan kanak-kanak.

“Perpustakaan itu juga menawarkan perkhidmatan pertukaran buku yang boleh dilakukan pengunjung tanpa perlu membayar yuran. Mereka boleh mengambil mana-mana buku yang mereka suka dan menggantikannya dengan buku mereka,” tambahnya.

Beliau berkata, terdapat juga ruangan kecil untuk stesen kerja dan komputer dengan pencetak serta WiFI percuma.

Lebih 82 juta bahan bacaan digital daripada sistem pangkalan data perpustakaan seperti aplikasi Libby, aplikasi e-Reader dan Perpustakaan Negara Malaysia tersedia untuk pengunjung membaca, meminjam dan memuat turun pada peranti mudah alih mereka secara percuma.

Perpustakaan dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 6 petang dan menawarkan keahlian percuma sepanjang bulan ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular