spot_img
HomeSemasaBermula esok hujan berterusan dua hari di empat daerah di Sabah

Bermula esok hujan berterusan dua hari di empat daerah di Sabah

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan selama dua hari yang dijangkakan berlaku di Sabah bermula esok.

Menurut MetMalaysia, amaran tersebut berada di peringkat waspada.

MetMalaysia juga memaklumkan bahagian yang dijangka akan mengalami hujan berterusan bermula esok adalah Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat.

Selain itu, keadaan cuaca sama akan melanda bahagian Pantai Barat Sabah pada 9 Mac iaitu hari Rabu ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular