spot_img
HomeSemasaPeralihan ke fasa endemik COVID-19 bermula 1 April

Peralihan ke fasa endemik COVID-19 bermula 1 April

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memasuki Fasa Endemik bermula 1 April ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, keputusan berkenaan dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko dan mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta meneliti syor Menteri Kuartet.

Menurutnya, fasa peralihan ke endemik itu merupakan langkah untuk negara Kembali kepada kehidupan normal selepas bergelut dengan pandemic COVID-19 sejak dua tahun lalu.

“Fasa ini adalah fasa sementara sebelum negara beralih ke fasa endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Bermula 1 April ini, pemakaian pelitup muka di tempat awam masih wajib dipatuhi oleh stiap individu.

“Had waktu operasi bagi premis perniagaan juga dimansuhkan. Premis boleh melaksanakan operasi masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis dan ini bermakna rakat boleh makan di kedai makan atau restoran selepas jam 12 tengah malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan namun dikecualikan untuk kawasan yang tidak sesak dan tiada perhimpunan ramai.

Susulan itu, kerajaan turut mencadangkan aktiviti solat berjemaah di masjid atau surau dan rumah ibdadat bukan islam juga boleh dilaksanakan tanpa penjarakan sosial.

“Bagaimanapun, ianya masih tertakluk kepada keputusan Majlis Agama Negeri.

“Had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi juga dimansuhkan manakala semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.

“Sebelum ini, terdapat had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti yang membabitkan perkumpulan ramai, namun dengan pengumuman peralihan ke endemik, had itu akan dimansuhkan secara menyeluruh,” katanya. – Hmetro

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular