spot_img
HomeSemasa7 kali bertanding, kini meraih kemenangan di AJL

7 kali bertanding, kini meraih kemenangan di AJL

KUALA LUMPUR: Stacy Anam penyanyi kelahiran Sabah merupakan salah satu nama yang sudah tidak asing lagi bertanding di pentas besar Anugerah Juara Lagu. Tujuh kali beraksi sebagai penyanyi pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL), namun, rezeki belum berpihak padanya.

Walaubagaimanapun, pada Anugerah Juara Lagu ke 36, beliau melayakkan diri bertanding sebagai komposer lagu Cinta nyanyian Marsha. Stacy menggunakan nama pena, Bunga Cantik bekerjasama dengan suaminya, Akim Ahmad iaitu Hang Nadim dan mempertaruhkan lagu Cinta nyanyian Marsha Milan Londoh pada malam kemuncak AJL 36.

Lagu Cinta yang dipersembahkan Marsha dijulang sebagai naib juara dan berjaya membawa pulang trofi beserta wang tunai RM50,000. Selain trofi naib juara, lagu Cinta diumum pemenang kategori Persembahan Terbaik dengan hadiah trofi dan wang tunai berjumlah RM18,000 sumbangan penaja, NOIR Beauty Essence.

“Sejujurnya, saya terkejut dengan kemenangan ini. Tujuh kali saya masuk bertanding, namun, tidak pernah naik pentas menerima trofi pemenang. Namun, siapa sangka, gabungan pertama saya dengan suami dan diberi justifikasi terbaik oleh Marsha memberikan nyawa kepada karya ini. Kemenangan ini bagai aturan cantik Allah, ia sangat tidak terduga,”katanya.

Stacy Anam yang baru muncul dengan single Duit berkata, pentas AJL bukan asing buatnya.
Bermula dengan lagu Aku Stacy pada tahun 2009, Pakai Buang 2010, Jahat 2011, Pelangi Senja 2013, Gilalah 2015 dan Not For Sale di tahun 2016.

Stacy juga sering dikenali dengan penyanyi dengan persembahan energetik setiap kali berjaya membolosi pentas akhir AJL.

“Marsha sangat profesional dan membuktikan bakatnya yang mungkin selama ini tidak dipandang. Bagai ada sesuatu yang harus diberi perhatian,” katanya.

Tidak dinafikan lagu Cinta masih meniti di bibir para peminat dan masih mendapat perhatian banyak pihak. Diharapkan karya sebegini diperbanyakkan dalam industri muzik tempatan dalam usaha untuk membangunkan muzik ke arah yang lebih tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular