spot_img
HomeDuniaArab Saudi mansuh semua sekatan COVID-19

Arab Saudi mansuh semua sekatan COVID-19

RIYADH: Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan bahawa semua sekatan COVID-19 termasuk kuarantin wajib bagi semua pengunjung ke negara itu dimansuhkan.

Merujuk kepada kenyataan rasmi di akaun Twitter milik Kementerian Kesihatan Arab Saudi, sekatan yang dimansuhkan adalah termasuk penyerahan sijil vaksinasi COVID-19 dan ujian PCR, sebelum atau semasa ketibaan di Arab Saudi.

Dengan itu, secara rasminya kerajaan Arab Saudi memansuhkan semua sekatan yang pernah digariskan sebelum ini kepada pengunjung dan hal ini memberi kelegaan kepada semua pihak kerana perjalanan menuju ke Arab Saudi menjadi lebih mudah khususnya bagi individu yang datang dengan tujuan umrah dan haji.

Pemansuhan semua sekatan juga tidak memerlukan sebarang ujian Covid-19 lagi yang sangat membantu dalam meringankan kos perjalanan para pengunjung.

Langkah itu diambil susulan daripada penurunan kes harian yang kian mencatatkan angka semakin rendah sekaligus kadar pelalian telah mencapai tahap 99 peratus untuk semua penduduk berumur 12 tahun ke atas.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular