spot_img
HomeSemasaRempuh lembu, pemandu terselamat

Rempuh lembu, pemandu terselamat

KENINGAU: Seorang lelaki, 37 tahun terselamat tanpa cedera apabila Perodua Axia dipandunya bertembung dengan dua ekor lembu di Jalan Pamalan, berhampiran Lembaga Perindustrian Getah Sabah, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, Yuszaimi Hairrul Azwan Juatan berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar 5.43 pagi dan mengarahkan 13 anggota bomba, diketuai Leong Hoi Min bergegas ke lokasi kejadian.

Jelas beliau, kereta itu terbalik selepas melanggar dua ekor lembu dan berjaya keluar dari kenderaannya sebelum ketibaan bomba.

Dalam pada itu, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan manakala dua ekor lembu berkenaan mati.

“Anggota bomba membuka kepala bateri kenderaan dan melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan terbabit untuk memastikan tiada kemerbahayaan lain, sebelum operasi tamat pada 6.22 pagi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular