spot_img
HomeSemasaSyarikat penerbangan seakan ‘hisap darah rakyat’ – Bung Moktar

Syarikat penerbangan seakan ‘hisap darah rakyat’ – Bung Moktar

Kuala Lumpur: Lazimnya, kenaikan harga tambang penerbangan ke Sabah dan Sarawak semasa musim perayaan bukanlah kejutan bagi rakyat Malaysia, tetapi ia adalah senario yang dijangkakan berlaku pada setiap tahun.

Timbalan ketua Menteri sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meluahkan rasa terkejutnya dengan harga tiket penerbangan yang didakwa terlalu mahal untuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebook peribadinya, beliau berpendapat tindakan syarikat penerbangan negara ini yang menaikkan harga tiket ke Sabah dan Sarawak adalah tidak ubah seperti ‘menghisap darah’ rakyat.

Menurutnya, dalam beberapa minggu sahaja lagi umat islam akan menyambut perayaan Aidilfitri, justeru ramai rakyat Sabah di Semenanjung berkeinginan mahu balik ke kampung, namun amat menyedihkan apabila mereka terpaksa membatalkan hasrat demikian, akibat tidak mampu membeli tiket penerbangan yang mahal.

“Bayangkan tiket ekonomi sahaja untuk one way mencecah RM2,800 dan ada juga harga sehingga RM3,600 untuk satu perjalanan”

“Seperkara lagi di mana Air Asia telah meletakkan syarat dimana semua penumpang wajib mendaftar masuk melalui mesin yang disediakan namun penumpang yang check in melalui kaunter akan di kena kan bayaran RM100”

“Air Asia kena faham di Sabah masih ramai yg tidak memiliki telefon pintar dan pakcik makcik dari kampung masih tidak faham check in melalui mesin yang di sediakan,” tambahnya.

Pada masa yang sama, beliau turut menggesa kementerian pengangkutan untuk campur tangan dan segera menangani isu ini ekoran aduan dan keluhan khususnya daripada rakyat Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular