spot_img
HomeSemasaGudang kimia hangus terbakar di Labuan

Gudang kimia hangus terbakar di Labuan

LABUAN: Gudang kimia milik Baker Hughes yang menyimpan bahan berbahaya di Jalan Rangu, Kg Rangu di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran besar pada petang Ahad, kelmarin.

Kebakaran itu disedari seorang pekerja gudang yang memaklumkan pihak berkuasa beberapa minit selepas kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Ismaidi Ismail berkata, api kelihatan sangat marak ketika pihaknya tiba di lokasi kejadian, dan seramai 36 anggota bomba dari Balai Bomba Rancha-Rancha, Layangan, Labuan Sentral dan ibu pejabat telah dihantar.

“Anggota bomba mengambil masa satu jam setengah untuk mengawal api daripada merebak ke gudang lain,” katanya.

Orang ramai berhampiran kampung tersebut turut memaklumkan mereka terlihat asap tebal di langit dengan beberapa letupan kuat selama beberapa jam.

Dalam kejadian sekitar 2.30 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun gudang yang menyimpan bahan kimia berbahaya berkaitan minyak dan gas, musnah sepenuhnya.

Sementara itu, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran. – BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular