spot_img
HomeSemasaAmbil tindakan terhadap syarikat penerbangan - PM

Ambil tindakan terhadap syarikat penerbangan – PM

Kota Kinabalu: Susulan daripada isu kenaikan harga tiket kapal terbang yang naik mendadak kebelakangan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kenaikan harga tiket secara mendadak seperti 500 peratus yang didakwa sesetengah pihak akan diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Kenaikan harga tiket dilihat menaik secara mendadak dan amat tidak relevan khususnya tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak.

Syarikat penerbangan seharusnya tidak wajar mengambil kesempatan menaikkan tambang pada cuti Hari Raya atau berdepan tindakan undang-undang.

“Saya sudah mengarahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna iaitu Datuk Seri Alexander Nanta Linggi untuk melihat dan meninjau masalah ini. Kementerian mesti tegas, tak kira syarikat besar atau kecil,” jelasnya.

“Tindakan tegas akan diambil untuk kepentingan orang ramai. Kita tidak boleh membiarkan perniagaan mengambil kesempatan dengan menekan orang ramai pada bulan puasa dan perayaan khususnya, ” katanya selepas melancarkan MG Coop Mart dan Jualan Murah Semarak Ramadan Keluarga Malaysia, hari ini.

Ismail Sabri berkata, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong akan mengadakan mesyuarat dengan wakil syarikat penerbangan untuk membahaskan isu ini sekaligus bertolak ansur untuk menurunkan tambang.

Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya agar semua pihak tidak merasakan balik kampung sebagai satu beban terutama sekali bagi individu yang sudah lama berada di perantauan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular