spot_img
HomeSemasaIsu kanak-kanak tanpa kerakyatan perlu ditangani

Isu kanak-kanak tanpa kerakyatan perlu ditangani

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Pembangkang, Chan Foong Hin, memuji usaha kerajaan negeri menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah dengan laporannya yang dikatakan akan dikeluarkan bulan depan.

Beliau menggesa kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Jeffrey Kitingan supaya tidak lagi menunggu dan segera berhubung dengan semua ahli Parlimen Sabah dan ADUN dalam isu pendatang tanpa izin dan individu tanpa kerakyatan, tanpa mengira parti politik.

Sementara itu, Parti Tindakan Demokratik (DAP) bersedia memberikan input untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Kenyataan dibuat selepas tersebarnya video, menunjukkan kanak-kanak tidak dikenali sedang meletakkan skru di jalan menuju ke Pasar Filipina berhampiran Pasar Besar Kota Kinabalu, dipercayai membocorkan tayar kereta.

“Saya percaya kanak-kanak ini terdiri daripada masyarakat Pala’u yang kebanyakannya sebelum ini perantau laut dan tiada kewarganegaraan. Kanak-kanak Pala’u ini telah dilihat berkeliaran di pusat bandar Kota Kinabalu selama bertahun-tahun,” ujarnya.

Dikhuatiri kanak-kanak ini akan melakukan jenayah lain atau penyakit sosial yang menggangu masyarakat sekeliling.

Sehubungan itu, jawatankuasa khas mengenai pekerja asing tanpa izin dan warga asing di Sabah akan membentangkan laporan awal mengenai isu kewarganegaraan, merangkumi penyelesaian kepada isu berkenaan. – Malay Mail

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular